.

.

Kamis, 01 Maret 2012

TUAN DIREKTUR


Cover agak rusak, sisi atas dan bawah sobek
 terjual by jkt
Judul : TUAN DIREKTUR
Pengarang : HAMKA
DJETAKAN KE-EMPAT
Penerbit : DJAJAMURNI DJAKARTA.
MCMLXI/ 21 JANUARI 1961
Halaman 95
Soft  Cover, Kondisi LUMAYAN

PRICE: IDR 150.000,00

Isi dalam buku

Tuan Direktur, menceritakan dua suasana kemanusiaan manusia di Surabaya. Satunya yang serba rakus dan penuh penipuan dan sifat mereka sebagai pengejar masa kini yang hanya di depan mata. Melalui watak Jazuli serta penjilatnya Margono dan Haji Salmin. Sementara di satu sudut lagi diwakili oleh Pak Yasin, Haji Nawawi dan Fauzi. Melalui pelukisan watak kumpulan ini seakan-akan pengarang mengajak pembaca supaya meneliti satu sudut yang perlu diketahui di sebalik alam nyata. Alam rohani dan hubungannya dengan keakhiratan. Paling tidak terhadap pencipta dan tahu adab-adab kita dengan Khaliq. Punya jiwa yang bebas, merdeka dan kaya. Merasai sama keperitan golongan yang tidak bernasib baik.

Penulis kira sangat banyak pengajaran yang ingin disampaikan oleh HAMKA dalam novel ini. Dengan memulakan kisah hebatnya Jazuli yang membohongi keadaan sebenar serta sanggup menipu rakan kongsi yang digambarkan melalui menungan Haji Nawawi. Untuk kepuasan ditampilkan dua tokoh yang menjadi pengampu kepada ‘Tuan Direktur’ iaitu Margono dan Haji Salmin. Biar apa pun berlaku, sama ada rugi atau tidak perniagaan, pastinya Tuan Direktur tetap berpuas hati dengan segala pujian oleh mereka berdua.

Ketamakan dan kerakusan sentiasa menjadi pegangan hidup Jazuli sehingga sanggup menghabiskan wang yang begitu banyak untuk mendapatkan tanah Pak Yasin. Tokoh baik tonjolan pengarang. Hidup dalam keadaan sedarhana dan mempunyai pemikiran kebajikan. Digambarkan sebagai: “Seorang tua yang bertabiat anih, terlalu pemurah dan ramah tamah. Mendirikan rumah-rumah petak untuk dipersewakan, tetapi segenap penyewanya yang terdiri dari kalangan rendah itu, tidaklah memandangnya sebagai majikan atau tuan tanah tempat mereka menumpang, bahkan dianggap sebagai bapa. Kadang-kadang setelah wang sewa itu mereka berikan, mereka pinjam kembali untuk modal kerana miskinnya, dan belumlah pula pernah pinjaman mereka yang bertolak. Kerana itulah agaknya maka semakin segan dan patuh pula mereka terhadap Pak Yasin”. 

Pemikiran kebajikan bukan sahaja kepada tokoh Pak Yasin seorang, tetapi juga melalui saranan yang dikemukakan beliau terhadap seorang penjual soto yang masih muda, Taslim: “....dekat lebaran membangga kepada Pak Yasin dengan memperlihatkan pakaian yang baru dibelinya. Pak Yasin tertawa dan memuji. Tetapi setelah diketahui harga baju itu empat lipat dari baju yang biasa dipakainya, mukanya pun menjadi muram.... lebih baik engkau jual baju itu kembali, Taslim, beli empat helai baju lain, bagikan sehelai kepada Pak Dolah, Warsito, Pak Nor, kerana mereka itu sekarang ketiadaan wang untuk membeli meski agak sehelai di hari lebaran ini. Termenung Taslim, mulanya, tetapi kemudian perkataan itu termakan olehnya, sepetang itu juga dijualnnya baju itu kembali, iaitu baju wool yang telah lama diidam-idamkannya dan dibelinya empat helai baju putih biasa, diberikannya kepada ketiga
ketiga temannya itu.

Pengarang bukan sekadar melepaskan fakta tanpa kesimpulan, tetapi memperlihatkan suatu natijah baru hasil sifat yang pemurah. Lihat: Heran! Jangankan susut kegirangannya sebagai sangkanya bermula, bahkan semakin berbahagia rasa hatinya, demi menengok paras yang berseri-seri dari ketiga orang yang mendapat hadiah sekonyong-konyong itu”. 

Kenyataan ini memperlihatkan sikap bertanggungjawab pengarang yang bukan melepaskan persoalan begitu sahaja, tetapi menyelesaikannya dengan memperlihatkan kepuasan dari sudut kerohanian. Sesuatu yang jarang dan amat susah untuk dirasakan, tetapi diterapkan melalui kegembiraan yang dirasai oleh orang muda seperti Taslim. Bagi kita orang muda jarang dapat merasai begitu, tambah pula dengan lonjakan nafsu mudanya, namun pengarang telah mula menonjolkannya seakan-akan mahu supaya orang muda merasai sama nikmat keseronokan hasil dari pemikiran kebajikan.

SUMBER ARTIKEL:

0 komentar:

Poskan Komentar

Jangan lupa menuliskan sedikit komentar ya....? banyak juga boleh..........thanks.....

Related Post

ShareThis